KONSEP KEJIRANAN




DEPARTMENT OF ELECTRICAL ENGINEERING
_____________________________________
DUA6022 : KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

Amalan semangat kejiranan penting dalam mengurangkan kadar jenayah setempat. Konsep jiran

NAMA  :
MUHAMMAD ASYRAAF BIN MOHD AZANI
 ( 02DEP15F1041 )
MUHAMMAD ASHIR BIN ASAARI
(02DEP15F1016)
MOHAMMAD AMIRUL B MOHD NORRI
(02DEP15F1037)
MUHAMMAD ABDIN SYAKIRIN BIN AZHA
(02DEP15F1014)
MUHAMMAD AKMAL ALIF BIN MOHD YUSLI
(02DEP15F1025

 KELAS  : DEP5B

NAMA PENSYARAH  : PUAN NURUL FUADDI BINTI SULAIMAN

JUN 2017






ISI KANDUNGAN




BIL
TAJUK
MUKA/SURAT
1
PENGENALAN
Objektif Kajian
a)      Definisi Kejiranan Dalam Islam
b)      Definisi Kejiranan Dalam Bahasa/Etimologi
2 -3
4
5-6
7-8
2
ISI
Peranan jiran dalam mengurangkan kadar jenayah
Pe     Hak jiran yang perlu dipelihara
b)      Bagaimana untuk mengekalkan hubungan baik dengan jiran
c)       Kebaikan/hikmah mewujudkan hubungan baik dengan jiran
d)      Semangat kejiranan yang semakin luntur
e)      Jiran bukan islam
ab  Adab berjiran menurut Imam Al-Ghazali

9-10
11-12
13-15
16-18
19-21
22
23-25

3

PENUTUP
LAMPIRAN
RUJUKAN

26
27-28
29
















PENGENALAN

Semangat hidup berjiran yang kita warisi sejak turun temurun, kini jelas semakin terpinggir. Keadaan tersebut tidak wajar dibiarkan kerana hidup berjiran banyak manfaatnya. Dengan semangat kejiranan, masalah jenayah dapat dikurangkan. Kita tidak dapat menafikan bahawa kejadian pecah rumah kerap berlaku ketika penghuninya tiada di rumah. Jika semangat kejiranan dalam masyarakat kita kuat, masalah sedemikian dapat dielakkan kerana sebagai jiran yang bertanggungjawab, seseorang itu akan prihatin terhadap rumah dan harta benda jirannya ketika ketiadaan mereka. Mereka akan membantu melihat persekitaran rumah tetangga dan mengambil tindakan yang sewajarnya jika berlaku sesuatu yang meragukan.
Untuk memupuk semangat kejiranan, sistem pendidikan memainkan peranan penting iaitu melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Agama, Pengetahuan Moral ataupun melalui penyerapan dalam mata pelajaran lain. Dengan cara ini, amalan hidup berjiran dapat dipupuk di kalangan kanak-kanak. Matlamat pengajaran haruslah menekankan pengamalan budaya tersebut dalam kehidupan sebenar. Bukan hanya setakat mengetahuinya di atas kertas sahaja. Memupuk budaya ini di kalangan kanak-kanak adalah lebih mudah. Bak kata pepatah, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.
Langkah meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai juga tidak kurang pentingnya. Mereka harus selalu diingatkan agar mengunjungi antara sesama jiran pada waktu perayaan agar mereka dapat mengenali antara satu sama lain. Begitu juga amalan mengadakan rumah terbuka perlu digalakkan. Sikap pentingkan diri dan berprasangka buruk terhadap jiran seharusnya dihapuskan kerana sifat ini menghalang pembentukan budaya tersebut.Memandangkan amalan hidup berjiran dapat menjamin pewujudan masyarakat penyayang yang amat penting dalam negara majmuk seperti di negara kita, maka kita mestilah sama-sama mengamalkannya.












Seterusanya, pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti rukun tetangga, kenduri dan gotong-royong perlu dijalankan supaya hubungan antara rakyat berbilang kaum dapat dieratkan. Penduduk kawasan perumahan setempat harus mengambil inisiatif untuk menjalankan aktiviti yang melibatkan rakyat pelbagai kaum seperti meraikan perayaan-perayaan di Malaysia bersama-sama. Aktiviti hari keluarga dan pesta budaya Malaysia juga dapat meningkatkan semangat kejiranan di antara rakyat Malaysia.
Kesimpulannya, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah bersatu dalam usaha untuk memupuk semangat kejiranan di antara rakyat demi mencapai perpaduan kaum. Bak kata pepatah, ‘bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’. Kita sebagai rakyat Malaysia, kita juga  haruslah menghargai keharmonian dan keamanan yang dinikmati oleh semua rakyat dan perlu berusaha dan menyumbangkan tenaga untuk mengukuhkan perpaduan di antara rakyat berbilang kaum negara kita. Diharapkan semua lapisan masyarakat akan memikul tanggungjawab untuk mengekalkan dan mengukuhkan lagi perpaduan di negara Malaysia.


Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasa Rasulullah S.A.W telah bersabda maksudnya : " Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat , maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya.
( hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


















OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini membincangkan tentang hubungan kejiranan dalam masyarakat sebagaimana yang dituntut dalam agama Islam. Kajian ini dibuat bertujuan untuk mengenal pasti konsep kejiranan itu sendiri yang meliputi hikmah, tanggungjawab dan hak-hak serta permasalahan yang dihadapi dalam mewujudkan hubungan kejiranan dalam kehidupan masyarakat. Kaedah yang digunakan ialah melalui penyelidikan perpustakaan dengan mengumpulkan bahan-bahan dan maklurnat yang berkaitan daripada buku-buku dan lain-lain penerbitan. Di samping itu kaedah kajian juga dilakukan melalui hasil pemerhatian secara rambang dalam beberapa perkara yang berkaitan. Di antara objektif kajian ialah untuk memberi kefahaman kepada semua masyarakat khususnya masyarakat Islam tentang sejauhmana tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh mereka dalam hidup berjiran serta mengetahui prinsip-prinsip pergaulan sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam agar perpaduan dan permuafakatan di kalangan masyarakat dapat diwujudkan. Ini memandangkan masyarakat hari ini semakin hari semakin mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang jiran. Hasil kajian yang dibuat menunjukkan bahawa semangat kejiranan itu penting sebagai salah satu cara untuk mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat seterusnya melahirkan sebuah negara yang aman dan makmur.
























MAKSUD KEJIRANAN DALAM ISLAM

Berdasarkan syarak, jiran ialah orang yang berdekatan dengan rumah kita sama ada di kanan, kiri, di depan atau belakang mahupun di tingkat atas ataupun bawah hingga 40 rumah dari setiap sudut.
Dalam perkataan Arab, jiran membawa maksud orang yang tinggal sebelah menyebelah atau tetangga. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa semangat kejiranan membawa erti satu suasana dan perhubungan yang positif dalam satu-satu kawasan kejiranan. Ini menunjukkan bahawa Islam menitik beratkan hubungan harmoni dan persaudaraan di antara satu sama lain dan agama Islam ialah sebaik-baik agama yang menghubungkan pertalian dan kebaikan di antara sesama manusia.
Menetapkan lingkungan jiran dan had jiran dalam sesuatu kawasan berbeza-beza menurut keadaan tertentu dan suasana. Bahkan menurut Al-Alusi dalam Kitabnya Ruhul Ma’ani Fi tafsiril Qur’an Al-Azim Wa Sab’ul Masani bahawa penetapan jiran ini dan lingkunganya secara zahir kembali kepada uruf (adat setempat). Ini pendapat yang agak tepat kerana dalam kaedah syarak menyebutkan setiap yang datang dari perintah syarak ialah mutlak dan sekiranya tidak ada penerangan jelas dari kaedah melaksanakannya juga tidak dapat dijelaskan dari pemahaman zahir bahasa maka dikembalikan kepada adat kebiasaan dalam melaksanakannya.
Manusia secara fitrah hidup bermasyarakat dan berkelompok kerana setiap orang harus saling memerlukan di antara satu sama lain dalam menjalani kehidupan. Tidak  mungkin seorang manusia boleh hidup seorang diri tanpa perlu berurusan dengan orang lain selama dia tinggal dalam sebuah masyarakat. Memiliki tempat tinggal termasuk di antara salah satu rezeki dan nikmat kerana padanya manusia tinggal dan huni serta menetap untuk melindungi diri dan meneruskan kehidupan dengan teratur dan selesa.













Tempat tinggal itu berbeza-beza menurut situasi dan keadaan seseorang ada yang mampu memiliki rumah yang mewah dan selesa dan ada yang hanya sekadar mampu menghuni rumah teres dan rumah beratapkan zink dan diperbuat dari kayu dan papan. Walaubagaimana sekalipun keadaan penempatan seseorang itu maka sudah menjadi lumrah dia tidak akan berseorangan sebaliknya pasti memiliki jiran baik bagaimana jenis keadaan rumah penempatannya.
Jiran muncul apabila penempatan itu dihuni oleh manusia yang lain yang juga tinggal berhampiran dengan rumah yang dihuni oleh kita. Maka Islam dalam memelihara hak sesama manusia serta memandu manusia untuk mencapai harmoni dan bahagia di dunia dan akhirat turut memasukkan aspek-aspek penting yang memandu hubungan kejiranan supaya manusia dapat hidup dalam keadaan aman dan selesa serta mendapat kebahagiaan seperti yang disebut di dalam hadith tadi.
Muslim yang bertimbang rasa dan menyedari serta memahami hukum-hukum agama, adalah merupakan manusia yang paling baik hubungannya terhadap jiran-jirannya. Mereka akan sentiasa menghormati dan menimbulkan perasan ihsan apabila berinterasi sesama jiran. Islam banyak menggariskan agar umatnya sentiasa menjaga dan memelihara hubungan dengan jiran.















DEFINASI JIRAN DALAM BAHASA/ ETOMOLOGI

Dari segi bahasa atau etimologi, jiran berasal daripada bahasa Arab yang membawa pengertian orang yang tinggal bersebelahan atau tetangga. Etika Kejiranan Dari segi istilah jiran adalah orang-orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah, bersebelahan kampung, daerah malahan lebih besar daripada itu iaitu jiran yang bersebelahan dengan negara. Amat memandang berat berkaitan jiran sehingga jiran dianggap sebagai seorang yang boleh mewarisi harta.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sentiasalah Jibrail berwasiat kepadaku mengenai jiran, sehingga aku menyangka bahwa sesungguhnya dia (jiran) layak untuk mewarisi (mendapatkan harta pusaka)." Dalam menghayati hak-hak jiran, jiran dibahagikan kepada tiga bahagian.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Jiran itu ada tiga macam. Jiran yang mempunyai satu hak, jiran yang mempunyai dua hak dan jiran yang mempunyai tiga hak. Jiran yang mempunyai tiga hak ialah jiran yang muslim yang berkerabat, maka baginya hak jiran, hak muslim dan hak kerabatnya. Adapun jiran yang mempunyai dua hak ialah jiran muslim, di mana haknya ialah hak jiran dan sebagai orang muslim. Manakala jiran yang mempunyai satu hak ialah jiran yang musyrik atau kafir." Al-Ghazali dalam kitabnya 'Bimbingan Mukmin' telah menyenaraikan hak jiran, antaranya:


















 Hendaklah seseorang itu memulakan memberi salam kepada jirannya. Selain itu kita juga perlu menziarahinya ketika sakit dan mengucapkan takziah ketika berlaku kematian dan melawati jenazahnya. Kita sebagai seorang jiran jangan terlalu banyak bertanya tentang hal ehwalnya dan selalu memaafkan segala kesalahan dan kesilapannya. Sebagai jiran yang baik juga kita hendaklah menutup keaiban dan kecelaan yang berlaku pada dirinya. Selain itu, kita perlu sentiasa bersikap lemah lembut terhadap anak-anaknya dengan tutur kata yang baik. Kemudian kita perlu bersiap sedia untuk  menolong jiran yang ditimpa bencana. Kemudian kita jangan sekali – kali  menyakiti hati jiran seperti membuang sampah di pinggir rumahnya dan tidak terpengaruh dengan kata-kata orang yang memburukkan jiran kita kerana Rasulullah SAW memberi amaran keras dan balasan seksa yang memedihkan jika sesuatu hubungan kejiranan bertukar menjadi hubungan yang buruk.



















PERANAN JIRAN DALAM MENGURANGKAN KADAR JENAYAH.

Semangat hidup berjiran yang kita warisi sejak turun temurun, kini jelas semakin terpinggir. Keadaan tersebut tidak wajar dibiarkan kerana hidup berjiran banyak manfaatnya. Dengan semangat berjiranan, masalah jenayah dapat dikurangkan, kita tidak dapat menafikan bahawa kejadian pecah rumah kerap berlaku ketika pnghuninya tiada di rumah, jika semangat kejiranan dalam masyarakat kita kuat, masalah sedimikian dapat dielakkan kerana sebagai jiran yang bertanggungjwab, seseorang itu akan prihatin terhadap rumah dan harta benda jirannya ketika ketiadaan mereka. Mereka akan membantu melihat persekitaran rumah tetangga dan mengambil tindakan yang sewajarnya jika berlaku sesuatu yang meragukan.

untuk memupuk semangat kejiranan, system pendidikan memainkan peranan penting iaitu mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Islam, Pengetahuan Moral ataupun melalui penyerapan dalam mata pelajaran lain. Dengan cara ini, amalan hidup berjiran dapat dipupuk di kalangan kanak-kanak. Matlamat pengajaran haruslah menekankan pengamalan budaya ini di kalangan kanak-kanak adalah lebih mudah. Bak kata pepatah, “meluntur buluh biarlah dari rebunganya”.

Langkah meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai juga tidak kurang pentingnya, mereka harus selalu diingtkan agar mengunjungi antara sesame jiranpada waktu perayaan agar mereka dapat mengenali antara satu sama lain. Begitu juga amalan mengadakan rumah terbuka perlu digalakkan. Sikap individualistik dan berprasangka buruk terhadap jiran seharusnya dihapuskan kerana sifat ini menghalang pembentukan budaya terseut.

Memandangkan amalan hidup berjiran dapat menjamin pewujudan masyarakat penyayang yang amat penting dalam negara majmuk seperti di negara kita, maka kita mestilah sama-sama mengamalkannya.

Daripada Abu Hurairah r.a bahawasa Rasulullah S.A.W telah bersabda maksudnya :” Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Barangsiapa yanga beriman dengan Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia memualiakn jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hri Akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya.” (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Negara Malaysia terkenal di pentas dunia kerana rakyat berbilang kaum dapat hidup bersama dengan harmoni. Namun, semangat perpaduan ini semakin terhakis dan ini mungkin akan membawa kepada rusahan dikalangan rakyat. Hidup berjiran banyak memanfaatkan kita, oleh itu, usaha-usaha untuk memupuk semangat berjiran perlu dijalankan.

Kepentingan utama hidup berjiran adalah untuk mengukuhkan inistitusi kemasyarakat. Semangat tolong-menolong dapat dilahirkan di antara penduduk setempat. Sikap tolong-menolong dapat dilahirakan di antara seseorang boleh meminta bantuan jiran ketika berlaku kecemasan. Selain itu, semangat kejiranan dapat mengeratkan silaturahim di antara penduduk setempat. Ini mewujudukan suasana aman damai dan membolehkan penduduk stempat hidup dengan selesa.

Seterusnya, pelbagai boleh menganjurkan ceramah tentang semangat kejiranan untuk mendidik rakyat Malaysia tentang pentingnya hidup berjiran. Murid-murid sekolah sekolah haruslah digalakan mengamalkan semangat kejiranan sejak masih kecil lagi. Pelbagai pertandingan haruslah dijalankan supaya murid-murid sekolah terdedh kepada konsep hidup berjiran.

Allah S.W.T menyebut di dalam Al-Quran “ semlahlah Allah dan jangalah mensyirikkan-Nya dengan sesuatu dan berbuat baiklah kepada kedua ibubapa, jiran tetangga yang berhubungan dekat atau yang jauh dan rakan teman”. (An-Nisa :36).

Pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti rukun tetangga, kenduri dan gotong-royong perlu dijalankan supaya hubungan antara rakyat berbilangan kaum dapat dieratkan. Penduduk kawasan perumahan setempat harus mengambil inisiatif untuk menjalankan aktiviti yang melibatkan perayaan-perayaan di Malaysia juga dapat meningkatkan semangat kejiranan di antara rakyat Malaysia.







HAK JIRAN YANG PERLU DIPELIHARA

 Rasulullah s.a.w. selalu dipesan oleh malaikat Jibril supaya berbuat baik kepada jiran. Dalam sebuah hadis sahih; diriwayatkan daripada Aisyah r.a. Baginda Mulia telah bersabda: “Jibril sentiasa berpesan kepadaku tentang jiran, sehingga aku menyangka Jibril akan menjadikan jiran itu sebagai waris (kepada jirannya).” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Tirmizi).
Sabda Rasulullah s.a.w.: “Tidak sempurna iman, jika kamu tidur dalam kekenyangan sedang jiran tetangga mu menangis kerana kelaparan.
Kes sosial yang pertama dibicarakan di mahkamah Allah Subhanahuwata’ala di hari kiamat ialah tentang jiran, samada kita mendakwa jiran atau jiran yang akan mendakwa kita. Misalnya jiran kita uzur, miskin dan kita tidak pernah menolongnya. Dalam kes sepetti ini, jiranlah yang akan mendakwa kita di akhirat nanti.
At-Tabrani meriwayatkan daripada Jabir r.a. daripada Nabi s.a.w., Baginda bersabda; “Jiran itu 3 golongan iaitu, jiran dengan 1 hak, iaitu jiran yang musyrik. Dia hanya ada hak kejiranan. Kedua, jiran dengan 2 hak iaitu jiran yang beragama Islam. Dia ada hak kejiranan dan ada hak Islam dan yang ketiga jiran dengan 3 hak iaitu jiran beragama Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Dia ada hak kejiranan, ada hak Islam dan ada hak hubungan kekeluargaan.”

Satu ketika Rasulullah SAW berkumpul bersama dengan para sahabat. Kemudian salah seorang sahabat berkata bahawa dia memiliki seorang jiran wanita yang sering berpuasa disiang hari dan di malam harinya bersembahyang tahajjud. Tetapi Rasulullah mengatakan bahawa wanita itu adalah ahli Neraka. Sahabat bertanya, mengapa demikian. Jawab Baginda Rasulullah SAW, “Wanita itu selalu menyakiti jiran tetangga dengan lidahnya, tidak ada kebaikan lagi baginya dan dia adalah ahli Neraka.







Nabi menyatakan lagi dalam hadisnya:

 Jika ia meminta  tolong kepadamu, Engkau akan menolongnya. Jika ia minta pinjaman, engkau akan memberikan pinjaman kepadanya. Jika ia memerlukan sesuatu, engkau akan memberikannya.  Jika ia sakit engkau akan menziarahinya, Jika ia mendapat sesuatu kebaikan, engkau ucapkan tahniah kepadanya,  jika ia tertimpa bahaya, engkau turut sedih bersamanya. Jika ia meninggal dunia, engkau turut menghantar jenazahnya. Jangan sekali-kali engkau meninggikan rumahmu sehingga menyekat angin untuk sampai kerumahnya kecuali dengan izinnya. Jangan mengganggu perasaannya dengan bau masakan kamu, melainkan engkau akan memberikan sedikit dari makanan itu. Jika engkau beli buah-buahan, berikan sedikit kepadanya. Jika engkau tidak mahu memberikannya maka hendaklah engkau memasukan buah-buahan itu ke dalam rumah secara rahsia supaya tidak kelihatan  olehnya dan janganlah mem biarkan anakmu memakan buah-buahan itu dihadapan anaknya, kelak anak jiran itu akan menangis mahukan buah tersebut.




















BAGAIMANA UNTUK MENGEKALKAN HUBUNGAN BAIK DENGAN JIRAN

Jiran merupakan orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita. Selain dapat memupuk persefahaman sesama penduduk, semangat sebegini dapat menyatupadukan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara kita. Walaupun khalayak sedia maklum akan kepentingan semangat kejiranan, namun masih ramai dalam kalangan masyarakat yang memandang enteng akan kepentingannya. Pada zaman dahulu, hubungan sesama jiran sangat rapat, bak kata pepatah, hidup sandar-menyandar ‘seperti aur dengan tebing’. Dasawarsa ini, hubungan sesama jiran semakin renggang ‘bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing’. Persoalannya, bagaimanakah kita boleh merapatkan hubungan yang semakin renggang ini?
Pelbagai langkah yang boleh diambil untuk memupuk semangat kejiranan, antaranya adalah dengan menghidupkan kembali konsep rukun tetangga di kawasan perumahan mereka. Rukun tetangga merupakan satu badan yang berfungsi untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan, terutamanya pada malam hari. Aktiviti ini memerlukan pembabitan semua pihak tanpa mengira kaum yang secara tidak langsung mampu menanam semangat kejiranan ketika melakukan rondaan bersama-sama. Ketidaksamaan taraf sosial dapat dilupuskan melalui rukun tetangga kerana dalam konsep badan ini, semua orang berada pada martabat yang sama, seperti kata orang tua, ‘duduk sama rendah, berdiri sama tinggi’.
Selain itu, kita juga perlu menyuburkan kembali amalan bergotong-royong. Hal ini membolehkan masyarakat bersama-sama menjalankan pelbagai aktiviti seperti membersihkan kawasan kediaman, memperbaiki alat kelengkapan di taman-taman perumahan, menebas semak-samun yang mungkin menjadi tempat persembunyian para penjenayah dan sebagainya. Aktiviti ini juga boleh melahirkan semangat kerjasama sesama jiran, bak kata peribahasa ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’.












Di samping itu, kempen mengadakan amalan rumah terbuka juga merupakan salah satu langkah yang boleh menghidupkan kembali semangat kejiranan. Melalui amalan ini, ziarah-menziarahi dapat diwujudkan dalam kalangan masyarakat terutama pada hari-hari perayaan kaum masing-masing. Amalan rumah terbuka ini memberi ruang kepada masyarakat untuk menjalin kemesraan walaupun mereka menyambut perayaan yang berbeza. Sebagai contoh, penduduk berketurunan India menziarahi jirannya yang beragama Islam pada Hari Raya Aidil Fitri.

Malahan, hubungan kejiranan dapat dipererat melalui aktiviti menziarahi jiran tetangga. Amalan ziarah-menziarahi dan bertanya khabar dapat menyemarakkan rasa prihatin. Umpamanya, apabila jiran ditimpa kemalangan, dan ada kematian, kunjungan jiran tetangga sedikit sebanyak dapat mengurangkan rawan yang bersarang dalam lubuk hati. Apabila berkunjung, usah lupa membawa ‘buah tangan’ seperti buah-buahan, manisan atau hadiah sebagai tanda ingatan. Kata orang, ‘ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni’.
 semangat kejiranan dapat dipupuk sekiranya masyarakat menyedari peri pentingnya semangat tersebut dalam kehidupan bermasyarakat. Semangat kejiranan juga penting dalam konteks negara kita sebagai sebuah masyarakat berbilang bangsa. Dengan itu, penyuburan semangat kejiranan yang kental dapat membantu usaha-usaha perpaduan negara yang selama ini menjadi agenda utama kerajaan untuk memastikan keharmonian negara. Marilah kita sama-sama mempraktikkan slogan ‘jiran sepakat membawa berkat’ ini dalam kehidupan berjiran agar negara kita terus aman dan harmoni sepanjang masa.










KEBAIKAN/HIKMAH BERBUAT BAIK DENGAN JIRAN

HARI ini, jalinan ukhuwah menjadi semakin mudah dengan adanya pelbagai medium untuk mengukuhkan ikatan silaturrahim dengan memanfaatkan teknologi masa kini seperti e-mel, khidmat pesanan ringkas (SMS), laman-laman sosial seperti Facebook dan lain-lain serta tidak ketinggalan melalui telefon.Namun ramai yang tidak menyedari bahawa antara rahsia yang boleh mengeratkan hubungan silaturrahim, dan kasih sayang antara sesama ahli masyarakat ialah mengucapkan salam dan bertanya khabar tentang diri masing-masing.Rasulullah SAW menunjukkan cara yang mudah dalam mewujudkan hubungan silaturrahim antara masyarakat Islam iaitu melalui mengucapkan salam ketika bertemu. Selain itu, menyahut panggilannya jika dipanggil dan mendoakan ketika bersin. Kita juga perlu menziarahi ketika sakit/kematian dan  menolong ketika kesempitan. Kita juga jangan lupa untuk memenuhi undangan apabila dijemput.
Perhubungan yang baik ini mesti dilakukan secara berterusan bertepatan dengan petunjuk Allah SWT dan sunnah Rasul-Nya.
Kita boleh gunakan kesempatan hari-hari perayaan untuk menjalinkan hubungan silaturrahim yang lebih erat antara ahli keluarga, sahabat dan jiran.Amalan ziarah-menziarahi mempunyai banyak hikmah dan kelebihan yang sangat bermakna bagi umat Islam terutama sekali dalam menghubung dan merapatkan ikatan ukhuwah sesama Islam.Agama Islam sangat menggalakkan umatnya agar sentiasa berusaha untuk memperbaiki dan mempertingkatkan tautan silaturrahim dan ukhuwah.














Bagi mencapai matlamat sebenar amalan ziarah-menziarahi ini terdapat adab-adab yang perlu difahami dan dihayati oleh setiap Muslim untuk meraih keredaan dan rahmat ilahi. Ikatan ukhuwah Islamiah yang erat dan kukuh di kalangan umat Islam merupakan elemen yang amat penting ke arah merealisasikan visi dan misi perpaduan ummah sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa. Perpaduan ummah yang jitu di semua peringkat mampu mengangkat keunggulan martabat umat Islam di persada dunia. Silaturrahim juga merupakan tunjang utama kekuatan ummah dengan syarat ia diasaskan dengan ketakwaan dan berlandaskan syariat. Ia boleh menjauhkan manusia daripada hasad dengki dan fitnah. Silaturrahim juga boleh mengukuhkan hubungan dengan Allah SWT kerana dapat membentuk akhlak manusia lebih baik daripada sebelumnya. Seandainya jalinan silaturrahim diabaikan, ia bukan sahaja merenggangkan hubungan dengan Allah tetapi juga memisahkan kasih sayang antara sesama manusia. Orang yang paling berhak mendapat keakraban silaturahim daripada kita adalah orang yang hampir dengan kita. Antaranya, ibu bapa dan kaum kerabat yang mempunyai hubungan kekeluargaan dan pertalian darah dan seterusnya orang-orang lain di luar lingkungan ini termasuklah jiran tetangga. Allah SWT memerintahkan agar manusia berbuat baik terhadap jiran tetangga, sama ada jiran tetangga yang dekat ataupun yang jauh. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membanggakan dirinya. Untuk menjalinkan silaturrahim sebenarnya bukanlah sukar. Apa yang penting ialah keinginan untuk bersilaturrahim dalam diri manusia, tidak sombong, mengenepikan keegoan, kebencian dan dendam dan digantikan dengan perasaan kasih sayang, bersabar terhadap perbuatan yang menyakitkan dan berbuat baik serta bergaul bersama mereka dengan akhlak yang mulia. Tanggungjawab untuk membina semula silaturrahim yang retak bukan sahaja terletak kepada dua pihak yang bermusuhan tetapi sanak saudara atau kawan-kawan yang mengetahui tentang perkara ini. Orang tengah yang boleh mendamaikan dan menyambung semula silaturrahim yang terputus dalam masyarakat adalah mereka yang terpuji.












Rasulullah SAW membimbing amalan baik yang wajar dilaksanakan oleh seseorang untuk mewujudkan hubungan baik antara satu sama lain. Sesiapa yang memenuhi hajat saudaranya, Allah akan memenuhi hajatnya. Dan sesiapa yang menghindarkan kesusahan seorang Muslim, Allah akan menghindarkan satu daripada kesusahan-kesusahannya pada hari kiamat. Dan sesiapa yang memudahkan satu kesulitan di dunia, Allah akan memudahkan untuknya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa menolong hamba-Nya selagi hamba itu sentiasa menolong saudaranya. Sesiapa yang menghindari merosakkan hak dan kehormatan saudaranya, Allah akan menghindarkan wajahnya daripada api neraka pada hari kiamat. Marilah kita sama-sama akrabkan kembali hubungan silaturahim sesama umat. Hulurkan tangan mohon kemaafan agar dapat meraih kejayaan dan kecemerlangan bersama sama ada di dunia dan akhirat. Kesimpulannya kita akan terasa indah apabila setiap saat kita boleh bertegur sapa, mengisi hari dengan senyuman dan semangat kebersamaan antara keluarga, sahabat, rakan sekerja termasuklah mereka yang berlainan agama dan etnik dengan kita.
















SEMANGAT KEJIRANAN YANG SEMAKIN LUNTUR

Jiran merupakan orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita. Semangat kejiranan merupakan unsur penting dalam kehidupan bermasyarakat.Selain dapat memupuk persefahaman sesama penduduk, semangat sebegini dapat menyatupadukan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara kita. Pada zaman dahulu, hubungan sesama jiran sangat rapat, bak kata pepatah, hidup sandar-menyandar “seperti aur dengan tebing.” Pada zaman kini, hubungan sesama jiran renggang “bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing”. Pelbagai punca yang menyebabkan semangat kejiranan semakin luntur, antaranya perubahan gaya hidup masyarakat sekarang yang terlalu sibuk mencari rezeki untuk menyara keluarga masing-masing. Kos sara hidup yang tinggi serta tekanan hidup dunia moden sering memaksa warga kota bekerja sepanjang hari. Sebagai akibatnya, mereka keletihan dan kesuntukan masa untuk bertegur sapa sesama jiran mereka.Corak pekerjaan yang dilakukan oleh masyarakat dahulu dan sekarang sangat berbeza. Masyarakat zaman dahulu, pekerjaan mereka berasaskan pertanian yang memerlukan semangat bekerjasama di antara mereka, bak kata pepatah, “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Manakala masyarakat sekarang bekerja sendiri yang tidak menekankan amalan kerjasama. Oleh itu, perubahan hidup masyarakat sekarang jelas menjadi penyebab kepada kelunturan semangat kejiranan masa kini.
Selain itu, kemajuan dalam bidang teknologi turut mempengaruhi kelunturan semangat kejiranan masa kini. Pada zaman sekarang., bidang teknologi semakin berkembang dengan maju dan pesat. Penggunaan media elektronik seperti telefon bimbit, televisyen dan komputer pada masa sekarang yang menyebabkan semangat kejiranan kini semakin hilang. Masyarakat sekarang terlalu asyik menggunakan kemudahan yang terdapat di sekeliling mereka yang tidak memerlukan









mereka keluar rumah dan bersusah-payah untuk mendapatkannya.
Kemudahan peralatan canggih seperti ini selalunya terdapat di dalam rumah mereka yang menyebabkan mereka semakin tidak menghiraukan semangat kejiranan. Budaya sebegini menyebabkan amalan kunjung-mengunjungi sesama jiran semakin berkurangan. Oleh itu, kemajuan dalam bidang teknologi pada masa sekarang turut mempengaruhi kelunturan semangat kejiranan.
Arus pembangunan yang semakin pesat melanda negara kita juga menjadi punca semangat kejiranan semakin luntur pada masa kini. Dewasa ini, pembangunan negara berlaku dengan pesat sekali.Hal ini mengakibatkan semangat kejiranan semakin luntur kerana masyarakat akan menghabiskan masa terluang mereka dengan mengunjungi tempat-tempat seperti pusat beli-belah, taman-taman permainan dan juga pusat hiburan yang tumbuh bagai cendawan. Situasi ini perlu ditangani dengan segera demi kebaikan semua pihak. Kita tidak ingin melihat wujudnya masyarakat yang mementingkan diri sendiri berpanjangan dalam masyarakat.Hal ini demikian kerana masyarakat yang bersikap seperti ini tidak akan berjaya kerana perpaduan mereka amat rapuh dan mudah dipengaruhi oleh anasir luar. Tuntasnya, pembangunan yang begitu pesat melanda negara juga menjadi punca kepada lunturnya semangat kejiranan dalam masyarakat Malaysia pada hari ini.
Pelbagai langkah yang boleh diambil untuk memupuk semngat kejiranan , antaranya menghidupkan kembali amalan bergotong-royong .Hal ini membolehkan masyarakat bersama-sama menjalankan pelbagai aktiviti seperti membersihkan kawasan kediaman, memperbaiki alat kelengkapan di taman-taman perumahan, menebas semak-samun yang mungkin menjadi tempat persembunyian para penjenayah dan sebagainya. Amalan bergotong-royong ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama anggota masyarakat yang terdiri daripada pelbagai keturunan dan latar belakang.Aktiviti ini juga boleh melahirkan semangat kerjasama sesama jiran , bak kata pepatah “hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah”.Oleh itu, kita mestilah menghidupkan kembali amalan bergotong-royong kerana amalan ini dapat menyemarakkan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia.






Di samping itu, kempen mengadakan amalan rumah terbuka juga merupakan salah satu langkah yang boleh menghidupkan kembali semangat kejiranan. Melalui amalan ini, ziarah-menziarahi dapat diwujudkan dalam kalangan masyarakat terutama pada hari-hari perayaan kaum masing-masing. Amalan rumah terbuka ini memberi ruang kepada masyarakat untuk menjalin kemesraan walaupun mereka menyambut perayaan yang berbeza. Sebagai contoh, penduduk berketurunan India menziarahi jirannya yang beragama Islam pada Hari Raya Aidil Fitri dan orang Iban yang berjiran dengan   
penganut Kristian akan mengunjungi jiran mereka pada hari Natal, sekali gus dapat  mengeratkan hubungan kejiranan sesama insan. Oleh itu, kempen amalan rumah terbuka harus diperhebatkan lagi agar boleh mendatangkan pelbagai manfaat dan kebaikan kepada seluruh warga Malaysia yang mendiami di bumi bertuah ini.
Kesimpulannya, semangat kejiranan dapat dipupuk sekiranya masyarakat menyedari peri pentingnya semangat tersebut dalam kehidupan bermasyarakat.Semangat kejiranan juga penting dalam konteks negara kita sebagai sebuah masyarakat berbilang bangsa.Semangat kejiranan yang kental sekali gus dapat membantu usaha-usaha perpaduan negara yang selama ini menjadi agenda utama kerajaan untuk memastikan keharmonian negara.Marilah kita sama-sama mempraktikkan slogan “jiran sepakat membawa berkat” ini dalam kehidupan berjiran agar negara kita terus aman dan harmoni sepanjang masa.

















JIRAN BUKAN ISLAM

Menjaga perhubungan sosial dengan jiran tetangga adalah sesuatu yang amat dititik berat oleh Islam sebagaimana menjaga perhubungan persaudaraan.Jiran terdiri daripada tiga yang pertama jiran yang mempunyai satu hak, jiran yang mempunyai dua hak dan jiran yang mempunyai tiga hak. Jiran yang mempunyai tiga hak ialah jiran seorang Muslim yang ada hubungan kekeluargaan. Jiran yang mempunyai dua hak ialah jiran seorang Muslim. Baginya hak sebagai orang Islam dan hak kejiranan. Manakala jiran yang mempunyai satu hak ialah jiran seorang musyrik (hanya mempunyai hak kejiranan).
Hak kejiranan adalah menahan diri daripada melakukan perkara yang mendatangkan sakit hati jiran dan melakukan kebajikan kepada mereka. Antaranya menziarahi ketika sakit, mengucap tahniah dan takziah sesuatu perkara yang berlaku terhadap mereka, memaafkan kesilapan, tidak mengintai-intai ke dalam rumah, tidak mencuri dengar perbualan dan menutup rahsia dan keaiban mereka. merendahkan pandangan terhadap ahli keluarga mereka dan mengambil berat terhadap keperluan ahli keluarga mereka jika ketiadaan ketua keluarga di rumah.
Justeru, hak kejiranan orang Islam dan bukan Islam adalah sama seperti bersopan santun, bertatasusila dan bantu-membantu serta bekerjasama kecuali dalam perkara yang bercanggah dengan akidah. syariat dan akhlak sebagai muslim. Contohnya, orang Islam tidak boleh menerima jemputan majlis tari-menari atau majlis berunsur keagamaan jiran bukan Islam.













ADAB BERJIRAN TETANGGA MENURUT IMAN AL-GHAZALI

Dewasa ini, kesuntukkan waktu demi mengisi keperluan hidup membuatkan antara kita tidak mengamalkan semangat kejiranan kerana tidak sempat untuk bertegur sapa sesama jiran. Hal ini akan membuatkan perhubungan sesama ahli masyarakat menjadi kurang mesra. Selain itu, kegagalan sesetengah individu memahami konsep kejiranan dengan baik juga akan membuatkan berlakunya perselisihan faham dan akan mewujudkan aura perhubungan yang negatif. Keadaan ini pasti akan memperlahankan proses perpaduan dan boleh menimbulkan perasaan kekok apabila sesakali bersua muka ditempat awam sama ada di pasar malam, surau atau masjid bahkan ketika di kenduri perkahwinan dikawasan kejiranan.
Kepentingan adab berjiran amat penting dan dititik beratkan di dalam agama Islam. Adab semasa pergaulan sesama jiran bermaksud segala sikap, percakapan di dalam perbualan, senyuman, budi, pekerti, perangai, tingkahlaku dan tabiat mestilah ikhlas semata-mata kerana Allah SWT dan ianya mestilah bersendikan Al-Quran dan Al-Sunnah. Islam telah menggariskan beberapa adab yang perlu dipatuhi di dalam kehidupan berjiran. Antara yang paling ditekankan ialah ketika berbicara sesama jiran. Hal ini kerana, setiap apa yang dibicarakan oleh seseorang, ia menggambarkan apa yang ada didalam kotak fikirannya serta perangainya. Bagi setiap muslim, semasa bersosial perlu mengelak membicarakan sesuatu yang tidak berfaedah.
 Imam Al-Ghazali menukilkan kisah di dalam kitabnya Ihya’ ‘Ulumuddin’ bahawa hak jiran bukanlah sekadar mencegah diri kita daripada menyakiti atau perbuatan yang tidak menyenangkan hati jiran sahaja, tetapi hendaklah bersabar menahan perasaan jika disakiti bahkan lebih daripada itu. Hendaklah kita memberi pertolongan kepada jiran dan menunjukkan rasa kasih sayang.











Diceritakan bahawa Ibnu Muqaffa’ pada suatu hari mendengar bahawa jirannya akan menjual rumah yang didiaminya kerana hendak membayar hutang yang sudah banyak ditanggungnya. Pada waktu itu, Ibnu Muqaffa’ berkata “Sekiranya dijual, tentu saya tidak memperolehi kerhormatan bernaung di bawah rumahnya”. Tidak lama kemudian, dia menemui jirannya itu dan memberikan wang mengikut kadar rumah itu sebagai sedekah dan berkata, “Janganlah saudara menjual rumah saudara ini.
Imam Al-Ghazali juga telah turut menyenaraikan hak-hak seseorang muslim terhadap jirannya untuk kita sama-sama mengambil iktibar dan pengajaran yang berguna sebagai panduan bersama ketika berinteraksi dengan jiran tetangga iaitu:
§  Hendaklah mendahulukan ucapan salam kepadanya setiap kali bertemu
§  Jangan terlalu banyak bertanya kepadanya tentang keadaannya sehari-hari
§  Menziarahi dirinya atau kaum keluarganya apabila sakit ataupun ditimpa musibah
§  Tunjukkan bahawa kita turut berdukacita dan bersimpati jika mereka ditimpa musibah dan bersegera memberikan pertolongan jika perlu sekalipun tanpa diminta
§  Menyatakan perasaan gembira apabila mereka memperoleh kesenangan atau kurniaan Allah SWT
§  Ampunilah segala kesalahan-kesalahan atau keburukkannya, baik dengan apa-apa cara sekalipun
§  Jangan membuat sesuatu yang tidak menyenangkan jiran kita umpamanya meletakkan batang kayu di dinding rumahnya
§  Jangan menyempitkan jalan menuju ke rumahnya
§  Jangan mengintai-ngintai apa yang dibawa olehnya ke dalam rumahnya














§  Tutuplah kecacatan atau kekurangan yang nampak di matamu dan jangan hebohkan kepada sesiapapun
§  Berikanlah dia semangat untuk terus berusaha menghadapi kesukaran apabila kesukaran menimpanya
§  Jangan lalai menjaga rumahnya pada waktu dia tiada atau sedang bermusafir
§  Jangan mendengar kata-kata orang lain yang mengeji dirinya, yang berupa umpatan atau berita-berita yang tidak menyenangkan
§  Tundukkan matamu sewaktu melihat isteri/suaminya
§  Jangan selalu memandang hamba/pembantu rumahnya
§  Bersikap lemah lembut terhadap anak-anaknya baik dalam percakapan atau lain-lain
§  Tunjukkan sesuatu yang tidak diketahui oleh saudaranya, baik yang dalam urusan keduniaan atau keakhiratan.




















PENUTUP

Perpaduan antara kaum adalah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara kita. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam aman damai. Bagi mempastikan perpaduan dan kemakmuran ini kekal ianya perlu dimulai dengan hubungan baik sesama jiran. Jiran yang baik adalah jiran yang berjaya memupuk semangat tolenrasi, percaya mempercayai dan perkongsian bijak antara mereka. Sekiranya ini diabaikan maka lambat-laun ia akan mencetuskan bibit-bibit permusuhan dan perkauman yang akhirnya merebak kepada huru-hara, perpecahan dan perbalahan.
Kesimpulannya ialah, ajaran Islam menuntut kita bercampur gaul dan bermesra dengan masyarakat. Salah satu kumpulan manusia yang memainkan peranan besar meningkatkan kebahagiaan keluarga ialah jiran. Jiran yang tinggal dalam lingkungan rumah kita adalah orang yang paling hampir dan yang paling layak untuk memberi bantuan dan pertolongan. Berdasarkan besar peranan jiran ini, maka suka penulis cadangkan agar kita kembali kepada Al-Quran dan Al-Sunnah dalam menjaga silaturarahim dan adab-adab terhadap jiran tetangga. Dalam hal ini Islam memberi penghargaan yang tinggi kepada jiran.




















LAMPIRAN



















RUJUKAN

  1. AKHBAR UTUSAN
BICARA AGAMA
ARKIB : 25/12/2013
Janganlah menyakiti jiran tetangga
Oleh MOHAMAD DHIYAUDDIN ABDUL KADIR

  1. http://jabatanbahasamelayu.blogspot.my/2009/06/semangat-kejiranan-kini-semakin-luntur.html

  1. http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/jiran-tendang-jeriji-besi-rumah-1.564477

  1. http://tazkirah.rawangpost.com/2015/06/adab-adab-berjiran-menurut-imam-al.html

  1. http://mohdharrisjaalblog.blogspot.my/2008/12/adab-berjiran-dengan-bukan-islam.html

  1. Pengajian Tamadun Islam Edisi Ke-2 susunan Mohd Liki Hamid

  1. Islam yang mudah ( Alias Othman & Dr. Anisah Bt Ab. Ghani)

  1. Syariah dan undang-undang (Zaini Nasohah)

  1. Komunikasi Dan Penyiaran Islam ( Mohammad Faizal Ahmad, Mohd Faizal Mat Pesa, Wan Mohd Tarmizi Wan Othman )



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini